Monday, September 29, 2008

Ketagihan Komputer @ Internet

.:: Ketagihan Komputer @ Internet ::..





Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?

Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.

Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?

Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang "melayan sahabat" mereka ini.

Kajian yang dijalankan oleh
Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:

1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti

Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:

1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.

Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:

1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.

sumber : e-mail

p/s : segala sesuatu jika dilakukan dengan melampau atau berlebihan dari kehendak, pasti akan menimbulkan masalah dan mudharat. Walaupun perkara tersebut pada asalnya baik, seperti makan, makan adalah satu keperluan didalam kehidupan manusia, namun jika melampau dalam makan pasti akan membawa mudarat akibat menghidap obesiti dan sebagainya.


KOranG laK caMne??

Sunday, September 28, 2008

Rahsia Sembayang ....Tunaikanlah KeWaJipaN AnDA

1. Niat Sembayang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-Ratul Ihram.
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur.

4. Fatihah.
Fadilatnya sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruku'
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-Kauthar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL MUSTAQIM

8. Duduk antara Dua sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara dua sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahyar.

10. Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawap bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar
& nangkir di dalam kubur.

11. Salam
Memelihara kita dalam kubur.

12. Tertib.
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

16 PERKARA TENTANG SEKS

Ini bermaksud, seks membicarakan tentang jantina serta sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita dan menggunakannya secara yang betul, dan agar kita menghormati mereka yang berlainan jenis dari kita dan tidak menzalimi mereka. Seks juga membicarakan tentang kehendak nafsu syahwat agar kita akhirnya mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.

NAFSU SEPERTI LAYANG-LAYANG. Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ya, ia suatu pemandangan yang mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mampu terus mengasyikkan anda? Ia disebabkan benang yang ada di badannya terus mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu dan akhirnya akan tersadailah ia di tempat yang tidak menentu menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus darinya dia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.

SEKS ADALAH KEPERLUAN FITRAH. Manusia perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

SEKS ADALAH AMANAH. Tubuh anda adalah amanah yang dianugerahkan Allah kepada anda. Justeru anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang kemudian dia meletakkan dan menggunakan wang itu sesuka hatinya? Sudah pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata, “Amanah ialah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.”

SEKS BUKAN SEKADAR MEMUASKAN NAFSU. Seks yang sebenarnya ialah hubungan spirituil dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, dinaungi oleh landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi.Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21) BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup, iaitu, kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

SEKS YANG HALAL ADALAH IBADAH. Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?’ Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)

TIDAK CUKUP SEKADAR MEMAKAI KONDOM. Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Yang penting bagi mereka ialah memakai kondom agar kaum hawa terpelihara dari jangkitan AIDS. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Walaupun ia dilakukan secara reda, ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bersabda, “[i]Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

ZINA YANG HARAM ADA PADAHNYA. Antara padahnya ialah kesan negatif di sudut emosi. Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan-perubahan positif kesan dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999) Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

SEKS BEBAS MEMBUNUH. Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Pada hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Di antara komplikasi yang timbul kesan dari penyakit-penyakit ini ialah, mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy, barah, kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan. Mengikut Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ia disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan di samping berleluasanya seks bebas di dalam masyarakat. (Rujuk NIAID Fact Sheet, An Introduction to Sexually Transmitted Diseases, July 1999)

ZINA BUKAN SEKADAR HUBUNGAN KELAMIN. Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, “Dan janganlah kamu mendekati zina.” (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman, “Katakanlah kepada lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka.”

BERDUA-DUAAN MEMBAWA RISIKO. Barat bersikap liberal di dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan menganggapnya sebagai satu cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain. Namun statistik semasa menunjukkan, cara hidup sedemikian lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan. Sebagai contoh, mengikut Jabatan Keadilan Amerika, bagi setiap dua minit seorang wanita mengalami gangguan seksual, dan pada tahun 1996, 307,000 orang wanita menjadi mangsa rogol dan serangan seksual di Amerika. Baru-baru ini kajian oleh National Women Study di Amerika menunjukkan lebih kurang 683,000 wanita menjadi mangsa rogol setiap tahun di Amerika. KEBANYAKAN DARIPADA KES-KES INI MELIBATKAN ORANG YANG DIKENALI TERUTAMANYA KETIKA SEDANG BERDUA-DUAAN DAN BERTEMU JANJI. Justeru, larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini. Larangan ini mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bagi kaum wanita.

BAHAYA SEKS KETIKA HAID. Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222) Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.

HARAM HOMOSEKS DAN LESBIAN. Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom.

ISLAM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu.” (Riwayat Bukhari)

CIRI-CIRI SUAMI ISTERI. Nabi Muhammad bersabda, berhubung dengan kriteria pemilihan isteri, yang bermaksud: “Pilihlah yang mempunyai kebaikan agama, akan selamatlah kamu.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Baginda juga tidak melupakan kriteria di dalam pemilihan suami, berdasarkan sabda Baginda, “Jika yang datang meminang anak perempuanmu seorang yang kamu redai agama dan akhlaknya, maka terimalah dan kahwinkanlah dia dengan anakmu.” (Riwayat TIrmIzi)

WAJIB MANDI SELEPAS HUBUNGAN SEKS. Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui mimpi), mandi tetap diwajibkan.

MANDI WAJIB SAINTIFIK. Mengikut pakar-pakar perubatan dari Institut Teknologi Penjagaan Kesihatan di Washington, untuk mencegah penyakit jangkitan seksual daripada merebak, hubungan seks perlulah dilakukan hanya dengan mereka yang dipercayai, dan tidak dilakukan secara bebas. Menjaga kebersihan diri sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks seperti segera membasuh anggota sulit selepas mengadakan persetubuhan juga adalah penting. Malah pakar-pakar dari Institut ini menggalakkan seseorang mandi secara sempurna selepas mengadakan hubungan seks sebagai langkah pencegahan dari serangan penyakit-penyakit. (Rujuk The Institute for Technology in Health Care, Safer Sex: Reduce Your Risk Of Disease, After-Sex Hygiene, Washington, 2001)

Saturday, September 27, 2008

Lelaki hansome vs sebaliknya

Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler... kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat... kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam... kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni....

____________________
Handsome hanya aspek luaran saja, sekadar sedap mata memandang. Elok jangan prejudis hanya kerana ciri luaran manusia. Fikir-fikirkan

Tips Untuk First Date Dengan Selamat

Anda baru mengenali dia. Pada tanggapan pertama, anda berasakan dia seorang yg baik dan anda mula menyukainya. Namun, anda masih belum mengenali hati budinya. Tiba-tiba suatu hari dia mengajak anda keluar. Hati anda melonjak gembira tetapi awas..anda mesti berhati-hati semasa berdating, terutamanya ketika keluar kali pertama dgn seseorang lelaki yang baru anda kenali. Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes 'rape' yg berlaku terhadap wanita semasa bertemujanji. Oleh itu, gunakan 'common sense' utk menjauhi diri anda dari perkara2 yg buruk. Anda boleh mengikuti tips-tips berikut.

1. Sebaik-baiknya sebelum anda memutuskan utk menjalin hubungan dgn seorang lelaki, pastikan anda mengambil tahu serba sedikit tentang latarbelakangnya. Adakah dia sudah berkahwin? Adakah dia ada rekod jenayah atau keganasan terhadap wanita? Pernahkah dia dimasukkan ke Pusat Serenti? Adakah sebelum ini dia bersifat kasanova dan pernah mempermainkan wanita?? Anda boleh bertanya kepada orang-orang yg hampir pada dirinya.

2. Bertemu di tempat awam. Jika boleh, bawa sahabat anda bersama utk menemani anda. Anda boleh keluar 'double date' dengan sahabat anda atau keluar secara beramai-ramai di tempat awam. Ini lebih menjamin keselamatan anda ketika keluar utk kali pertama dengan teman baru.

3. Sebaik-baik pertemuan kali pertama dilakukan pada waktu siang dan bukannya malam. Persekitaran yg terang lebih selamat seperti keluar untuk makan tengahari.

4. Lebih selamat jika anda berpakaian sopan dan tidak seksi. Berpakaian seksi seolah-olah memberi isyarat anda boleh diperlakukan apa saja! Tidak salah memakai pakaian yang cantik tetapi biarlah pakaian tersebut masih mengekalkan keayuan gadis Timur.

5. Jangan sesekali menerima pelawaannya utk pergi ke tempat yg terkenal dengan minuman keras seperti pub atau kelab malam. Tempat-tempat sebegini amat mudah utk anda diperdaya dengan cara memabukkan anda atau memasukkan pil khayal ke dalam minuman anda. Dadah seperti syabu/ ais/ pink lady amat mudah diperolehi di tempat sebegini.

6. Jangan anggap seseorang itu nampak alim dia tidak akan melakukan sesuatu yg buruk kepada anda. Nafsu tidak mengenal sesiapa! Ada sesetengah lelaki suka berlagak baik utk memperdaya wanita.

7. Aturkan pertemuan utk berjumpa dia di suatu tempat. Jangan meminta dia datang ke rumah anda. Ini mengelakkan dia dari mengetahui lokasi rumah anda.

8. Jika anda ada kenderaan sendiri, gunakan kenderaan anda utk pergi dan balik. Dan pastikan minyak penuh supaya tiada alasan bagi anda utk menumpang kereta orang.

9. Jauhi pertemuan di tempat-tempat yg gelap atau sunyi seperti di taman bunga atau tepi pantai yg lengang. Tempat-tempat sebegini hanya menggalakkan perbuatan maksiat. (Tips ni semua org tau tapi buat-buat lupa)

10. Ikut gerak hati atau naluri anda. Jika anda berasakan ada sesuatu yg tidak kena, mungkin benar ada yg tidak kena dan anda wajar berhati-hati atau segera pulang.

11. Sentiasa pastikan ada kawan atau ahli keluarga yg mengetahui ke mana anda pergi dan dengan siapa anda keluar. Jika boleh, minta kawan atau ahli keluarga menelefon anda pada waktu yg ditetapkan bagi memastikan anda selamat.

12. Sentiasa bawa wang lebih supaya anda boleh menaiki teksi jika sesuatu berlaku.

13. Sentiasa berhati-hati dengan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah dan sebagainya. Amat menakutkan jika segala gerak-geri anda diintip sekiranya perhubungan yg anda impikan tidak menjadi.

14. Catatkan plat kenderaan si dia sebagai rujukan keselamatan.

15. Jangan tinggal telefon bimbit di rumah atau mematikan telefon bimbit ketika bersama si dia. Anda boleh berpakat dengan kawan utk menggunakan isyarat kecemasan tertentu menggunakan telefon bimbit sekiranya terdesak. Contohnya menghantar dering 3 kali pada kawan anda sebagai isyarat utk menelefon polis!

16. Bayar asing-asing. Dengan membayar bahagian anda, sudah tentu anda tidak berasa terhutang budi dengannya atau terikat apa-apa dengannya hanya kerana dia telah membayar segala perbelanjaan untuk anda.

17. Sentiasa berhati-hati dengan minuman anda. Sekiranya anda ke tandas dan mendapati minuman anda berubah warna atau rasa, jangan minum! Jika boleh, habiskan minuman anda sebelum ke mana-mana kerana 'serbuk perangsang' yg sering digunakan lelaki utk memperdaya wanita tidak boleh dikesan dalam minuman.

18. Jangan sesekali menerima pelawaan lelaki utk masuk ke rumahnya walau sekadar berbual-bual sambil minum teh, apatah lagi rumah bujang. Kecuali di dalam rumahnya ada ahli keluarga dan anda sudah kenal lama dengannya dan mengenali keluarganya.

19. Bawa senjata pelindung wanita seperti 'pepper spray'di dalam beg tangan anda bagi tujuan perlindungan. Jangan teragak-agak utk menggunakannya sekiranya dia berniat jahat terhadap anda.

20. Sekiranya lelaki tersebut sudah pandai mencari peluang untuk bersentuhan dengan anda pada pertemuan kali pertama, bayangkan pada pertemuan2 seterusnya?? Nampak sangat lelaki tersebut hanya mahu mengambil kesempatan ke atas diri anda dan langsung tidak menghormati wanita! Apa lagi..angkat kakilah!!

21. Pada pertemuan pertama itu, mungkin anda mendapat tahu sesuatu yg anda tidak suka pada lelaki tersebut seperti dia bercerita pernah menagih dadah. Hati anda berasa benci sangat-sangat tetapi jangan luah perasaan benci tersebut. Sekuat mana pun anda membencinya,jangan sesekali menghina atau memaki hamun lelaki tersebut apatah lagi hinaan anda melibatkan keluarganya. Egonya akan tercalar dan kemungkinan dia bertindak agresif dan bersikap luar kawalan terhadap anda sangat tinggi.

22. Jika lelaki tersebut sudah mula bertindak agresif terhadap diri anda dan anda tahu anda tidak berupaya melawannya, jangan terus memaki hamun dia kerana tindakan anda itu hanya akan mengundang lebih banyak bencana. Sekiranya anda dapati ada orang berada di persekitaran anda, anda boleh menjerit meminta tolong. Tetapi jika hanya anda berdua saja..cara terbaik ialah jangan melawan dan gunakan pendekatan psikologi. Lelaki sebegini kebanyakannya adalah lelaki sakit jiwa. Jadi, pura-puralah anda pun menyukai dia dan pujuklah dia dengan lemah lembut menggunakan segala pesona kewanitaan anda dengan memberi alasan terbaik seperti, "Can we wait until tomorrow..coz i'm not ready tonite? (pura-pura manja)..." Lelaki mudah cair pada pujukan wanita dan jika anda dapat mengawal rasa cemas dan teruskan lakonan manja anda, pasti dia akam mula percaya pada anda dan menurut kata anda. Bila anda berjaya pulang dengan selamat, cepat-cepat laporkan pada polis dan putuskan saja hubungan anda dengan si dia!


#Memang naluri seorang wanita ingin disayangi dan menyayangi. Hidup tanpa teman, jiwa akan terasa kosong dan kesunyian. Tetapi ingatlah, bila bercinta, berpada-padalah kerana kita masih ada batas agama yg perlu dijaga. Itulah yang membezakan kita dari orang lain dan menjadikan diri kita lebih istimewa dan berharga. Jagalah maruah diri sentiasa kerana ia adalah sesuatu yang kita hanya akan tahu betapa tinggi nilainya bila ia hilang sekelip mata.
__________________

Tuesday, September 23, 2008

FakTa @ Auta

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.


Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.

Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara'.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil.

Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal
dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda
untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan
10,000 ekor burung merpati.

Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika
India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan
ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah
30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut
akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan
sebahagian besar muka bumi.

Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke
kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik
canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya
dilekatkan di kocek baju.

Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana
kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan
US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding
US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau
US$2,000 dengan senjata konvensional.

Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati
kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan
kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan
tenaga.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di
dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
dunia.

Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
membesar sehingga 2 meter panjang.

Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar
tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan
isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
seorang agen insurans.

Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun
1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"-
sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan
5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai
7,000 orang.

Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd
Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di
universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan
Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah
seorang kawannya.

Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi
meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar
Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan
hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat
takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi
mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami
masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi
miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah
terpahat di dahi.

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun
begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan
sehingga ke hari ini.

KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang
berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan
tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian
4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di
musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang
lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan
yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan
menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia
berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik,
jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta
klinik.

Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap
hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa
sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat
peruntukan pembelian senjata dunia.

Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang
dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang
suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar
Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul.
Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih
berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri
Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai
isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda
cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.
Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh
rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri
bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya
menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut
adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga
ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada
23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan
puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan
pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah
menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari
Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai
ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa
peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas,
Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia.
Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter.
Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi
yang luarbiasa.

Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang
embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah
berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang
yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY.
Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan
hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand.
Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan
getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports
Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka
depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson,
Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan
pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki
perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah
117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa
bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
10 meter.

Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama
lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke
udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950
kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling
lebih berat di bahagian `kepala'.

Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai
tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani
dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak
dalam drama Shakespeare.

Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang
jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam
lubang di bumi.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama
itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas
ia dibawa keluar dari negara itu.

Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan
akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap
dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau
sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan
lapisan usus.

Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada
manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama
cuma lebih lebat.

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak
sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan
kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright
untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan
dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E
manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat
Amerika Syarikat mati tercekik.

Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
merah di permukaannya.

Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk
berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad,
Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap
jari pada manusia.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
atau kuning.

Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
mudah bangun pagi.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
mengurangkan berat badan.

Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya
988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas
kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di
pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai
9,350 selekoh bagi pelumbanya.

Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada
sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak
kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi
ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau
tidur.

Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang
digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
yang bermaksud liar atau terbiar.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.

Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus
sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier
telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa
3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya
telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18
otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka
anda. /font

Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.

Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New
Zealand.

Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran
18.5 meter persegi.

Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.

Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.

Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.

Sombong @ bongkak @ wat sempoii...

Sombong atau bongkak aka wat sempoi adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.
Firman Allah swt maksudnya:
"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."
(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.
merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.kita tidak patut memandang orang lain dengan pandangan yang rendah.islam sangat melarang umatnya bersifat demikian.
dalam hadith qudsi,Allah berfirman maksudnya:
"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."
dan sabda baginda lagi maksudnya:
"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"
ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah kalu seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
*merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
*suka menonjolkan diri
*suka disanjung di hadapan orang lain
*bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
*membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
*tidak mengendahkan nasihat orang lain
*marasa dirinya saja betul
*suka memuji-muji diri sendiri
*bermegah-megah dengan keturunan.
rasulauulah saw bersabda maksudnya:" sesipa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."
tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...

Sunday, September 21, 2008

kasihanila dan sayangilah bayi2x yg x berdosa ini........

kerana nafsu...dan akhirnya... insaflah wahai manusia sekalian....

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu
proses aborsi (pengguguran) :

Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan)
Pada kehamilan muda, dimana usia janin masih sangat kecil, aborsi
dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction). Sang anak
yang masih sangat lembut langsung terhisap dan hancur berantakan. Saat
dikeluarkan, dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah

dari janin yang baru dibunuh tersebut .

Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan)
Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu,
bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk. Aborsi dilakukan dengan cara
menusuk anak tersebut kemudian bahagian-bahagian tubuhnya
dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk aborsi (cunam
abortus). Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan
tersebut, dengan cara menusuk bahagian yang boleh tercapai. Boleh
dicapai, pinggang, bahu atau leher.

Kemudian setelah
ditusuk, dihancurkan bahagian-bahagian tubuhnya. Tulang-tulangnya
diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian
kecil-kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.

Dalam klinik aborsi, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang
dihancurkan ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan
bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil. Anak tak berdosa yang masih
sedemikian kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Aborsi pada kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan) Pada tahap ini, bayi
sudah semakin besar dan bagian-bagian tubuhnya sudah terlihat jelas.
Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah bisa menggenggam. Tubuhnya
sudah bisa merasakan sakit, karena jaringan syarafnya sudah terbentuk
dengan baik.

Aborsi dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum
dikeluarkan. Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung
dimasukkan kedalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi
tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya

setelah menderita selama berjam-jam sampai satu hari bayi itu akhirnya
meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak,

mencuba berteriak dan jantungnya berdetak keras. Aborsi bukan saja
merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara

amat keji. Setiap wanita harus sadar mengenai hal ini.

Aborsi pada kehamilan besar (6 sampai 9 bulan) Pada tahap ini, bayi
sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan, termasuk mata,
hidung, bibir dan telinganya yang mungil.
Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi

baik. Untuk upacara seperti ini, proses aborsi dilakukan dengan cara
mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara
membunuhnya mudah saja, biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah,
ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah. Sehingga
tangisannya berhenti dan pekerjaan aborsi itu selesai. Selepas hanya
saja darah bayi itu yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di
dalam aborsi ini bahawa pembunuhan keji telah terjadi.

Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para wanita calon ibu
yang melakukan aborsi. Mereka merasa bahawa aborsi itu cepat dan tidak
sakit, mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh obat bius. Mereka
boleh segera pulang tidak lama setelah aborsi dilakukan.

Benar, bagi wanita, proses aborsi cepat dan tidak sakit. Tapi bagi bayi,
itu adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar

tidak berperikemanusiaan. Kematian bayi yang tidak berdosa itu tidak
disaksikan oleh ibu. Seorang wanita yang kelak menjadi ibu yang
seharusnya memeluk

dan menggendong bayinya, telah menjadi algojo bagi anaknya sendiri.

Tolong sebar luaskan sehingga semakin banyak yang tahu dan sedar bahwa

aborsi (pengguguran) itu adalah suatu pembunuhan.. .. yang keji!!!!!!!!

Pusat Bumi

Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap umat Islam perlu mengetahui arah Kaabah, walaupun di mana mereka berada, kerana Kaabah merupakan kiblat untuk kita menunaikan solat. Berbagai kaedah digunakan bagi menentukan arah kiblat seperti melihat arah matahari terbit atau terbenam, dan juga menggunakan kompas. Menyedari betapa pentingnya hal ini, Profesor Hosien Kamal El Din Ibrahim dari Mesir telah mencuba satu kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. Beliau banyak menerbitkan artikel-artikel saintifik di bidang kejuruteraan awam.

Untuk itu beliau telah melukis peta dunia yang baru, yang dapat menunjukkan arah Makkah dari kota-kota lain di dunia. Dengan menggunakan perkiraan matematik dan kaedah "spherical triangle" Prof. Hosien mendapati kedudukan Makkah betul-betul berada ditengah-tengah daratan bumi. Penyelidikan beliau ini membuktikan bahawa bumi ini berkembang dari Makkah, di mana Makkah adalah "pusat bumi". Penyelidik-penyelidik lain kemudiannya mengakui ketepatan kiraan beliau apabila mereka menggunakan program komputer bagi membuat kiraan dan melukis peta tersebut.

Sebelum itu, Abi Fadlallah Al-Emary yang meninggal dunia pada tahun 749 Hijrah turut melukis peta yang menentukan arah kiblat. Peta tersebut terdapat di dalam kitabnya "Masalik Al Absar Fi Mamalik Al Amsar". Beliau menggunakan kaedah astronomi bagi menentukan arah kiblat. Seorang lagi pemikir Islam, Al-Safaksy (meninggal tahun 958 Hijrah) turut melukiskan peta dengan menggunakan pendekatan astronomi. Penyelidik-penyelidik zaman moden kemudiannya telah mengkaji kedua-dua peta tersebut dan membandingkannya dengan kaedah astrologi moden. Mereka mendapati kaedah yang digunakan oleh Al-Emary dan Al-Safaksy adalah sangat tepat dan kedua-dua peta tersebut membuktikan Makkah dan Kaabah adalah "pusat bumi". Hasil kajian ini telah diakui benar dan diisytiharkan oleh "The Egyptian Scholars of The Sun and Space Research Center" yang berpusat di Kahirah, Mesir.

wallahu' alam

Di Ambang Sakaratul Maut....

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital
yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di
sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta
ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku
kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada
di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan
bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita
sungguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap
sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan
tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku
semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam
mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang
pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku
amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru
sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas.
"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir
sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar
di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah
ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi
mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?
Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia
ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan
Allah."Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung
ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu
ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup
kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis
teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba
saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu
berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.
"Yassin.......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang
di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di
perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku
takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi
izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di
ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin
sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa
lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang
pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di
pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan
penuh kesah.Keluhan dan rintihan
"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa
pun yang peduli.Nenekku
datang,"Nenek............". "Kau dahaga
cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu,
nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam
agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke
syurga". "Nenek....ibu.....ayah.......suara kau
kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang
ingin memurtadkan aku?? "Mengucap
sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara
ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut
kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa
bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut
kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran
kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah
sakaratul maut........!!!!!!". Kedinginan
menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung
rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan
kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.
"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan
Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam
tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....
Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau
sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah
orang yang mengangkat sampah
ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan
sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju
yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa
warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya
terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di
pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya
melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau
sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku
hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar
semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari
sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat
kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari
dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di
dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang
teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa
dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana
kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak
kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan
dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus
lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di
atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku
juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami
air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air
kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan
kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku
malu......malu.....malu......!!!!!!".

Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih
dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih
itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di
bungkus satu demi satu dengan kain itu.
"Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua
buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".
Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang
termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan
abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di
sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".
Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk
mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di
angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak
kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang
termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".
"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan
ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di
sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah
aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".
Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang
bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di
turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku
terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan
aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam
liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah
menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari
Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita
kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok
imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu
benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua
benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus
membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku
makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa
telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang
di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku
kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan
tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!

Saturday, September 20, 2008

Info Hangat: Peggunaan A'kum

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama .

Janganlah kita menggantikan perkataan"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms atau pun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan 'AvdeKokhavim U Mazzalot' yang bermaksud'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan di guna "Salam" atau "YSALAM" shortform kepada "YA SALAM" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga adamanfaatnya

Allah itu ada

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara. tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

'' cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah itu wujud. kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu? kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? kalau betul allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. saya x dpt bayangkan Allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''.

si lelaki itu pun berfikir sejenak. tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu tahu tak yg sebenarnya barber jugak tidak wujud?''

''kenapa kamu kata mcm tu? sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''.. kata barber.

''tidak!'' kata si lelaki tadi.''kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu''.

''ah! barber mmg wujud! lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!'' kata barber.

''tepat sekali!''. kata si lelaki tadi.

''that's the point!. Allah jgk wujud. itulah yg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan.''

Puisi suami untuk isteri

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...
(ada hati nak kahwin lagi satu la tu)

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah....!!!



jangan la nak berangaNN... ......

Keistimewaan Wanita Yang Allah Kurniakan Rahim

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib
sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga
sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan
Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk
Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga..

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik dia akan tanggungditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan juga tidak derhaka kepada suaminya...

Wallahualam..

Ba Alif Ba Ya

Ceritanya cam ni,

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek.
hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow
sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, P****k kau!!!".." Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

Saturday, September 6, 2008

Pesanan syaitan

Penyimpan XXXXX Besaq...Yang Besaq2 Kepala dgn ini mengisyhtiharkan bahawa PUBLIC HOLIDAYS untuk semua ...
untuk Sebulan (No Overtime!! and No Replacement!!! ). Maka Dgn ini ingin diberikan sedikit Pesanan kepada MANUSIA :


- Kalau dok beratur panjang di Kedai Mamak di waktu puncak -Bukan yang suruh!!
-Kalau ada Runner dok tolong beli Bekalan - Dia takdak kena mengena dgn !!!
- Kalau tak reti2 nak buat amal ibadat - Bukan yang dok bagi hampa MALAS tau!!
- Kalau dok pakai terdedah sana-sini - Bukan yang suruh dan bukan yang suruh tengok..!!
- Kalau dok pi berkepit sana-sini dgn marka siang malam - Bukan yang bagi line!!
- Kalau dok Boros sangat shopping Raya - Bukan yang suruh!!
- Kalau dok tak habis2 mengata orang - Bukan yang bagi idea!!
- Kalau tak habis2 dok berdengki kat orang - Memang bukan yang dok cucuk!!


Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk UPGRADE kan Diri anda, KENALI lah Diri Anda, BERBUAT BAIK lah dan SUCI kanlah Diri Anda.
Kumpulkanlah Pahala sebanyak mungkin..........Renungkanlah..Adakah masa ini yang paling sesuai untuk BERUBAH atau Anda masih Menunggu!!!!...Tunggu Sapa lagi....

Jangan lupa Bayar Zakat Fitrah tau!!!.....Ada juga yg dok merungut Zakat mahal .....Ini pun takdak kena mengena dgn tau!!..

Tolonglah Manusia ooiii.......Kalau Semua dah Beriman dan ikut Jalan yang Benar...kami punya kerja pun kurangla sikit....Kamipun dah letih Overtime....


Akhir kata - SELAMAT BERPUASA Dan BERIBADAT ......................... We Will be Back to Office after Ramadhan ....he..he