Saturday, September 26, 2009

TaHUkaH AnDA??

Fakta yang selalunya kita x pernah tahu...jom baca..>>
1. Gunung Everest bukan yang tertinggi...
Mauna Kea, puncak tertinggi di Pulau Hawai.

Gunung berapi yang tidak aktif itu adalah berketinggian 13,799 kaki di atas paras laut, tapi bila diukur daripada dasar laut ke kemuncaknya, ia adalah setinggi 33,465 kaki - kira-kira tiga per empat batu lebih tinggi daripada Gunung Everest.

Kalau ikut anggapan umum..kiraan ketinggian dikira dari paras laut, ke atas...Oleh itu, Gunung Everest, yang berketinggian 29,029 kaki adalah gunung tertinggi dalam dunia, tapi yang sebenarnyer ia bukan paling tinggi.


2.
Kupu2 dan Lampu...
They're not attracted to them. They are disoriented by them.
Apart from the odd forest fire, artificial light sources have been in existence for an extremely short time in comparison with the age of the relationship between moths and the sun and moon. Many insects use these light sources to navigate by day and night.
Because the moon and sun are a long way away, insects have evolved to expect the light from them to strike their eyes in the same place at different times of day or night, enabling them to calculate how to fly in a straight line.
When people come along with their portable miniature suns and moons and a moth flies past, the light confuses it. It assumes it must somehow be moving in a curved path, because its position in relation to the stationary sun or moon, has unexpectedly changed.
The moth then adjusts its course until it sees the light as stationary again. With a light source so close, the only way this is possible is to fly around and around it in circles.


3. Tempat paling kering didunia!
Antartika....sebab dah 2 JUTA TAHUN kawasan ni tak terima hujan...
Gurun sahara....masih menerima hujan walaupun dalam selang masa berbulan2...


4. Autralia.....eurm...
Australia sebenarnyer telah ditemui oleh orang Cina. Bila Cook tiba di kepulauan itu pada 1770, dia bukanlah seorang kapten, sebaliknye hanya Leftenan Cook. Dan..dia bukan orang Eropah pertama tiba di sana, kerana orang Dutch dah tiba di Australia 150 tahun lebih awal.. Cook juga bukan orang Inggeris pertama ke sana, sebaliknya William Dampier pada 1688.

5.
I CAN READ IT! CAN YOU?
Ada sesiapa yg boleh baca ni?

(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.



6.sebenarnya tomato adalah sejenih buah
dan pisang adalah sejenis herba....


7. Telor pula adalah hidupan.............hidupan dua alam!.


8. manusia bernafas melalui hidung dan mulut------oksigen
ikan bernafas melaui insang---------karbon dioksida


9. haiwan yang dikenali sebagai ''DHOB'' yang seakan-akan merupai biawak boleh mengubati berbagai-bagai jenis penyakit dan mampu hidup sehingga 300 tahun serta halal dimakan...


10. Adakah anda tahu bahawa ada suku kaum di Sabah yg dinamakan SUNGAI?


11. adakah anda tahu ulat yang dikanali sebagai ''ulat sagu'' boleh dimakan dan terkenal di sabah dan sarawak


12. orang mempertikai US telah mendarat di bulan
gambar2 yang telah diambil mempunyai banyak bukti2 yg gambar tu sebenarnya kat bumi
yelah dah US cakap kita pun pecaya ye tak?


13. g-spot lelaki paling best bila kena jilat ialah kt antara dubur n kerandut zakar......
btul atau tidak?


14. tahukah anda bahawa kentut dan sendawa elok untuk badan?
jadi jangan segan2 k


15. Telur ayam yang kita beli di pasar, sekiranya kita carikan satu ibu ayam untuk menggeramkannya, maka ia tak jadi menetas.

Tahu kenapa?

Kerana telur ayam daripada industri telur ayam ini, tidak mengalami persenyawaan dengan ayam jantan. Jadi tak mungkin boleh menetas jadi anak ayam.

So....akhirnya, tahukan anda bahawa ibu ayam yang bertelur, akan sentiasa bertelur, walaupun tak ada ayam jantan untuk persenyawakan telur itu?


16. Semut boleh bercakap sesama dorang.. tapi suara terlalu slow dan frekuensi bawah paras pendengaran kita


17. tahukan anda..y solat itu leh cegah diri anda dari mati pucuk..


18. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi


19. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati


20. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga


21. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup


22. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat


23. "TYPEWRITER" adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci


24. tahukan anda yang perkataan jin itu berasal dari perkataan arab "Al-jan" yng bermaksud ayah jin


25. our dreams are made up of fragments of our memories and what we've experienced, whether we realize it or not!


26. tahukah awak, the birthday of the prophet Muhammad SAW is not known for sure? it is only known that he was born on the year of the elephant


27. xde soda dalam air soda..


28. The roar that we hear when we place a seashell next to our ear is not the ocean, but rather the sound of blood surging through the veins in the ear.


29. Setiap kali anda bersin..terdapat sel2 otak anda akan mati..


30. Secara purata..setiap hari 200 juta org melakukan hubungan ****..400 juta baby dilahirkan..dan 140 ribu org meninggal dunia


31. Hanya 2 binatang sahaja yang boleh melihat belakangnya tanpa menoleh ke belakang iaitu arnab dan parrot


32. Ciri2 nk tau org tu menipu atau tidak

*Lie is usually manifested by these signs: a sudden increase in the number of \"ums\" and \"ahs.\", overly defensive, no eye contact, lying is stressful, they will try to be sarcastic, turning his body away from you, talking fast, making statements that contradict each other, unusual body language or a hand reaching to cover mouth.


33. pencipta keyboard bernama qwerty
dimana huruf barisan pertama dikeyboard terdapat nama beliau


34. Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.


35. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali


36. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


37. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.


38. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,


39. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.


40. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.


41. kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan


42. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km


43. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.


44. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.


45. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.


46. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan


47. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.


48. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.


49. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.


50. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.


51. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu


52. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah


53. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.


54. pencipta lampu thomas edison takut berada dalam gelap


55. kalau kura-kura berbunyi garau tu maknanya kura-kura jantan


56. Colgate menghadapi kesulitan saat memasarkan produknya di Spanyol.
Pasalnya dinegara tersebut kata Colgate berarti gantung dirimu.


57. Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas


58. Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.


59. Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.


60. Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.


61. Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.


62.
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.


63.
Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.



64.
Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.



65.
Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


66.
Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.


67.
Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.


68. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.



69. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.


70. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.


71. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.


72. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.


73. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.


74. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.


75. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.


76. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.


77. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.


78. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.


79. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.


80. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.


81. Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.


82. Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.


83. Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.


84. Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.


85. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.


86. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.


87. Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.


88. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.


89. Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.


90. Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.


91. Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
ialah seberat 1.36 kg.


92. Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.


93. Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.


94. Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.


95. Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.


96. Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.


97. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.


98. Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.


99. Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.


100. Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara'.


101. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.


102. Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.


103. Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.


104. Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.


105. Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.


106. Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri.


107. Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.


108. Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.


109. Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.


110. Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.


111. Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.


112. Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.


113. Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.


114. Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil.


115. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal
dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.


116. Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda
untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan
10,000 ekor burung merpati.


117. Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika
India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan
ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah
30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut
akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan
sebahagian besar muka bumi.


118. Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke
kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik
canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya
dilekatkan di kocek baju.


119. Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana
kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan
US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding
US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau
US$2,000 dengan senjata konvensional.


120. Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati
kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.


121. Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan
kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan
tenaga.


122. Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.


123. Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di
dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
dunia.


124. Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.


125. Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
membesar sehingga 2 meter panjang.


126. Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar
tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan
isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.


127. Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.


128. Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.


129. Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.


130. Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
seorang agen insurans.


131. Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun
1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"-
sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!


132. Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.


133. Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan
5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.


134. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.


135. Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai
7,000 orang.


136. Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd
Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.


137. Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di
universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan
Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah
seorang kawannya.


138. Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi
meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.


139. Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar
Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan
hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.


140. Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat
takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi
mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami
masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi
miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah
terpahat di dahi.


141. Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun
begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan
sehingga ke hari ini.


142. KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang
berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan
tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian
4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di
musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang
lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan
yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan
menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia
berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik,
jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta
klinik.


143. Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap
hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa
sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat
peruntukan pembelian senjata dunia.


144. Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang
dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang
suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar
Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul.
Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih
berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri
Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai
isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda
cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.
Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.


145. Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh
rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri
bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya
menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut
adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.


146. Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga
ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada
23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan
puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan
pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah
menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari
Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai
ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa
peralatan untuk penggambaran yang paling berat.


147. Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas,
Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia.
Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter.
Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi
yang luarbiasa.


148. Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang
embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah
berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang
yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY.
Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan
hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.


149. Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand.
Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan
getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.


150. Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports
Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka
depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson,
Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan
pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.


151. Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki
perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah
117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa
bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.


152. Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
10 meter.


153. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama
lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.


154. Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke
udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950
kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling
lebih berat di bahagian `kepala'.


155. Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai
tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.


156. Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani
dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak
dalam drama Shakespeare.


167. Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang
jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam
lubang di bumi.


168. Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.


169. Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama
itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas
ia dibawa keluar dari negara itu.


170. Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan
akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.


171. Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap
dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau
sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan
lapisan usus.


172. Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada
manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama
cuma lebih lebat.


173. Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.


174. Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.


175. Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak
sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan
kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.


176. Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright
untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan
dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.


177. Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E
manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.


178. Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat
Amerika Syarikat mati tercekik.


179. Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.


180. Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
merah di permukaannya.


181. Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk
berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.


182. Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad,
Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.


183. Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.


184. Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.


185. Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap
jari pada manusia.


186. Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
atau kuning.


187. Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
mudah bangun pagi.


188. Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
mengurangkan berat badan.


189. Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.


190. Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya
988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas
kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.


191. Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di
pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.


192. Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai
9,350 selekoh bagi pelumbanya.


193. Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada
sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.


194. Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak
kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.


195. Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi
ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehat atau
tidur.


196. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.


197. Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.


198. Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang
digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.


199. Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
yang bermaksud liar atau terbiar.


200. Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.


201. Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus
sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.


202. Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier
telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa
3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.


203. Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya
telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.


204. Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18
otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka
anda. /font


205. Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.


206. Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New
Zealand.


207. Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran
18.5 meter persegi.


208. Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.


209. Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.


210. Kucing tidak boleh merasa rasa manis.


211. Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.



212. Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.

Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia

Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.

Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.

**** betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.

Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.

Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.


Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.

Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.

Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.

Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.

Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya

Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang.

Diet Panda ialah 99% buluh.

Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.

Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.

Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).

Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.

Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.

Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaan yang kerap.

Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.

Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.

Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.

Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki).

Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu

Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidak boleh berbuat demikian.

Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.

Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.

Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub.Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka.Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.

Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan "tangan" yang baru akan tumbuh.

Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.

Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.

Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!

Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka .

Sistem penghadaman arnab adalah unik.akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam.Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.

Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.

Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman.

Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..

Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang

Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya

Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.

Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?

Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah "menyelesaikan"masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.

Landak diahirkan bogel dan "duri" di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.

Ekor monyet membantunya untuk imbangan.

"Skunk" boleh mengeluarkan bau yang busuknya itu sejauh
10 kaki.

Ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.

Kuda laut betina mengeluarkan telur ke dalam kantung di perut kuda laut jantan. Jantan akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung dan mensenyawakan telur. Selepas terbentuknya embrio, jantan akan melahirkan kuda laut yang kecil.

Sotong mempunyai tiga jantung.

Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang.Bila tidur tiada bau yang keluar.

Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna "carotenoids". Boleh mengambil masa sehingga 3 tahun untuk anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda.

Ketam terkenal berjalan dari sisi!

Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.

Hanya unta simpan kebanyakan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan , sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi.Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orangramai

Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.

Penglihatan "moose" (rusa besar) tidak baik dan mereka bergantung kepada deria bau yang tajam

Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan haba . Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan 10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba

Kebanyakan hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa.

Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam.Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit.Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit

Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata .

Beruang kutub tidak boleh di kesan oleh camera inframerah kerana bulunya lut sinar

Burung kiwi adalah buta oleh itu mereka memburu dengan menggunakan deria bau.

Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulit mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.

Kala jengking pendarfluor di bawah cahaya ultraungu dan ini memudahkan para saintis mencari nya di lapangan.Pendarfluor ini dianggap menjadi sebagai mekanisma yang sensitif ultraungu dan ini menghindarkan kalajengking dari merosakkan paras cahaya.

Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat. Alasan mereka dipanggil beruang kaola kerana rupanya seperti beruang teddy.

Jika anda memberi gula kiub kepada rakun , ia akan cuba membersihnya (kerana rakun membersih semua makanannya sebelum makan). Ia akan membersihnya berkali-kali sehingga akhirnya gula kiub tersebut larut.

Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)

Ayam Belanda menghidap penyakit jantung.Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.

Ladybird@Kumbang kura-kura "mengeluarkan darah" kerana melindungi diri dari pemangsa. "Darah" mereka mengandungi bahan kimia yang dibenci atau membawa maut kepada pemangsa.

Feret betina akan mati jika ia tidak jumpa pasangannya apabila ia datang berahi.

Tikus mondok ialah binatang kecil yang suka mengorek lubang terowong dalam tanah dan meninggalkan longgokan tanah di jejak mereka. Mereka boleh mengorek terowong tanah sedalam 300 kaki sehari.

Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli Amerika pernah menggunakannya sebagai mata pisau .

Salah satu sifat walrus ialah mempunyai sepasang gading panjang, (40cm) yang sebenarnya gigi taring yang akan tumbuh berterusan. Ianya bukan sahaja sebagai daya penarik tetapi untuk menunjukkan sifat agresif/dominans dan sebagai lubang penafasan di dalam ais. Berbeza dari kepercayaan biasa yang mengatakan ianya digunakan untuk menggorek makanan.

Kedudukan mata keldai di kepalanya membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap masa.

Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya.

Burung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah.Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas.Di kawasan ia selalu diburu , ia tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya.

Secara harfiah kita boleh menghipnosis seekor ayam dengan memegangnya dan kemudian melukis satu garisan di atas tanah berkali-kali. Ayam tersebut akan berada di tempat tersebut selama mana yang kita kehendaki.

Bebiri akan berbunyi baa kambing berbunyi maa. Sesungguhnya , suara mereka berbeza.

Seekor siput mempunyai 25000 gigi, betul bacaan anda tadi dua puluh lima ribu.

Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera. Tikus boleh melompat sehingga 12 inci.

Ada cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.

Burung helang boleh membunuh anak rusa dan kemudian membawanya terbang .

Beruang dewasa boleh berlari sepantas seekor kuda.

Istilah ‘Black Panther’ selalu digunakan untuk mengaitkannya dengan kucing hitam yang besar - tetapi sebenarnya tiada spesis kucing liar yang khusus yang dipanggil "Black Panther". Oleh itu ianya berkemungkinan seekor "Leopard" atau pun "Jaguar" yang mempunyai kulit dan pigmen bulu yang hitam .

Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran. Malah cicak menggunakan bulu di kakinya dan pergerakan "peeling" untukmembentuk "intermolecular bonds" dengan permukaan dimana ianya berjalan.

Paruh platypus tidak seperti paruh burung -- ia adalah tulang rawan yang lembut dan mudah lentur -- serupa seperti hidung kita!

Hanya satu haiwan selain manusia yang boleh kena selaran matahari iaitu ****.

Komodo Dragons adalah cicak yang paling besar di dunia dan ia boleh makan separuh dari berat badannya.

Gajah menghabiskan kira-kira 75% dari masanya untuk makan. Ia makan 200kg sehari dan mengeluarkan kira-kira 100kg najis

Kuek itik tidak bergema.

Gigi ketam terletak di dalam perutnya.

Tanggapan yang mengatakan anjing dan kucing adalah musuh yang semula jadi (seperti pepatah ,” bergaduh seperti anjing dan kucing") adalah pernyataan yang berlebih-lebih, malah adalah tidak benar. Secara am, anjing dan kucing boleh berkawan lebih baik dari kucing dan kucing atau anjing dan anjing.

Merpati dua sejoli adalah burung bayan yang kecil yang hidup berpasangan. Rupa jantan dan betina adalah lebih kurang sama tetapi kebanyakan jantan mempunyai warna yang lebih terang dari betina.

Anai-anai Australia dikenali kerana boleh membina anak bukit setinggi dua puluh kaki dan lebarnya pula lebih kurang 100 kaki.

Arnab suka likuoris.

Penguin mengadakan hubugan *** hanya dua kali setahun.

sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, baud an sentuh.

kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal!

apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!

sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.

lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Satu lagi fakta, mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.

pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.

Sunday, September 13, 2009

FAKTA JERAWAt....TAke SeRiusLy...!!

Kedudukan2 JeRawat beserta puncanya...Check UrseLf.

DAHI

Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Wednesday, August 12, 2009

HOW 2 Save Petrol..Jimat MInyak time2 gawat ni..

12 Tips to save Petrol

With the petrol price increase, you know why you should read this

1) Pump up your tyres

Keeping your tyres inflated is one of the easiest and most important things. Saving petrol means saving money one can do to improve fuel economy. If a range is recommended by the manufacturer, the higher pressure should be used to maximize fuel efficiency. Deflated tyres run hot and jeopardize safety. It will also cause the tyres to wear out prematurely, affect the vehicles adversely, and hurt the fuel economy by increasing the rolling resistance. Tyres lose about 1 psi pressure per month due to air loss caused by the tyre hitting holes, bumps and kerbs. Therefore, the tyres should be checked at least once a month. Just 1 tyre deflated by 2 psi will result in a 1% increase in fuel consumption.


2) Drive at moderate speed

Avoiding high speeds on open roads results in safer driving and better fuel economy. In highway driving, over 50% of the power produced by the engine is used to overcome aerodynamic drag. Drag and thus fuel consumption increases rapidly at speeds above 90km/h. On the average, a car uses about 15% more fuel at 100km/h, and 25% more fuel at 110km/h compared to when it is doing only 90km/h. However, this should not lead one to conclude that the lower the speed, the better the fuel economy – because it is not. The fuel consumption of an average car increases sharply at speeds below 50km/h.

3) Clean the air-filter regularly

Clogged air filters increase fuel consumption by restricting airflow to the engine, and thus should be cleaned/replaced when necessary. Clogged air filters can increase fuel consumption by up to 10%.


4) Use thinner tyres

Tyres with thick width will improve the handling of your car. However, it will also increase your car's fuel consumption. Thicker tyres mean more rolling resistance, and thus will consume more fuel.


5) Start up the car properly

With today's cars, it is not necessary to prime the engine first by pumping the accelerator pedal repeatedly. Do not crank the engine excessively. This only wastes fuel. When starting the engine, idle it no more than 30 seconds to warm it up. An engine will warm up faster on the road. However, avoid sudden acceleration before the engine has warmed up sufficiently.


6) Drive in high gear (overdrive)

The engine runs most efficiently between around 1,500 and 2,500 rpm. To maintain these low revs you should change up through the gears as soon as practical and before the revs reach 2500 rpm. For automatic transmission cars, you should always switch on your overdrive to help save fuel. Overdrive will allow your engine to change gears at lower revs. It also puts your transmission into an "economy" mode and lets it engage the final "overdrive" gear when cruising to keep the rpms extra low, thereby increasing fuel economy.

7) Travel light

Avoid carrying any unnecessary weight in your car. On the average, every 50kg added load in your car will increase fuel consumption by 2%.


8) Anticipate traffic ahead

A driver can reduce fuel consumption by up to 10% by anticipating traffic conditions ahead and adjusting the speed accordingly, and avoiding tailgating and thus unnecessary braking and acceleration. Accelerations and decelerations waste fuel. Braking and abrupt stops can be minimized by not following too closely and slowing down gradually when approaching a red light. It takes up to six times as much fuel to move a car from a dead stop than it does for one moving at just a few km/h.


9) Avoid strong acceleration

The fuel consumption remains at a minimum during steady driving at a moderate speed of about 90km/h. Keep in mind that every time the accelerator is hard pressed, the engine goes into a "fuel-enrichment" mode of operation that wastes fuel.The vehicle should always be gradually and smoothly accelerated. Using cruise control on highways can help maintain a constant speed and reduce fuel consumption.


10) Minimise aerodynamic drag

Additional parts on the exterior of a vehicle such as roof racks and spoilers, or having the window open, Roof racks are bad for fuel economy increases air resistance and fuel consumption, in some cases by over 20%.


11) Don't let your engine idle

Minimize fuel wasted in idling by stopping the engine whenever your car is stopped or held up for an extended period of time. Idling more than a minute consumes much more fuel than restarting the engine. By having the engine switched off, you will save more fuel than is lost from the burst of fuel involved in restarting the engine. The net increased wear and tear from this practice is negligible.


12) Use the air-con sparingly

Air conditioners can use about 10 per cent extra fuel when operating. However, at speeds of over 80 km/h, use of air conditioning is better for fuel economy than an open window

Friday, June 12, 2009

MAHKOTA KITA YANG HARUS DIJAGA





Menghilang Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Oleh azdriana9

Mengelakkan Keguguran Rambut

Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Oleh azdriana9

Meluruskan Rambut

Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Petua 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

Melembutkan Rambut

Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

Merawat Rambut Yang Berbuah Dan Bercabang

Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.

Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Yogurt Lembutkan Rambut

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Keguguran Rambut

Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pastirambut menjadi bersinar serta tiada masalahkeguguran sekali.

Dari, Puan jaya, Seremban Negeri Sembilan

Hapuskan Kutu

Ambil sebiji buah nona yang matang, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.

Meluruskan Rambut Kerinting

Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.

Oleh, Suzana Abd Manan, Kajang Selangor.

Masalah Uban

Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.