Monday, December 22, 2008

[PENTING !!] Perhatian kepada semua wanita
Mencegah Kanser Serviks

Jauhi rokok
  • Nikotin yang terdapat di dalam rokok mempermudahkan selaput lendir sel-sel bereaksi atau terangsang, baik pada paru-paru mahupun serviks. Tetapi, masih tidak diketahui jumlah nikotin yang boleh menyebabkan kanser rahim.
'Douching' vagina
  • Kebiasaan membersihkan vagina boleh menyebabkan kanser serviks sama ada dengan menggunakan antiseptik mahupun deodoran. "Douching" atau mencuci vagina boleh menyebabkan jangkitan pada serviks. Jangkitan berlebihan akan merangsang terjadinya perubahan sel, yang akhirnya menjadi kanser. Oleh itu, elakkan membeli sembarangan ubat pembersih vagina terutamanya yang boleh mengekalkan pH vagina anda.
Menyapu bedak
  • Jangan sekali-kali menyapu bedak pada vagina yang gatal atau merah-merah. Pemakaian bedak pada vagina (sewaktu subur) boleh menyebabkan terjadinya kanser ovari. Ketika ovulasi terjadi luka pada vagina dan apabila disapu bedak, ia akan melekat di atas luka tersebut. Kelebihan sel ini akan berubah menjadi sel kanser.
Berganti-ganti pasangan
  • Kanser serviks juga boleh terjadi pada wanita yang gemar bertukar pasangan seks. Virus seperti "Human Papilloma Virus (HPV)" akan mengubah sel-sel di permukaan 'mukosa' dan terus merebak menjadi kanser.
Lambat kahwin
  • Mana-mana wanita yang lambat atau tidak berkahwin turut berisiko untuk mendapat kanser ovari dan 'endometrium'. Ini disebabkan mereka akan terus-menerus mengalami ovulasi (kesuburan) tanpa henti. Rangsangan terhadap 'endometrium' akan terus terjadi dan sifatnya akan berubah menjadi kanser. Apabila haid pertama terjadi di bawah usia 12 tahun, tempoh atau perjalanannya semakin panjang. Jadi, kemungkinan untuk terkena kanser ovari semakin besar. Cara terbaik untuk mencegahnya adalah dengan berkahwin dan hamil.
Anda tahu kenapa lelaki bersin
PARIS - Dua doktor di Britain mendapati dalam kajian mereka bahawa punca lelaki bersin adalah kerana mereka memikirkan mengenai seks.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Mahmood Bhutta dan Harold Maxwell itu disiarkan dalam jurnal perubatan berprestij, Journal of the Royal Society of Medicine.

Terkejut dengan penemuan tersebut, kedua-dua doktor itu berusaha mendapatkan bukti lebih lanjut dengan melakukan kajian melibatkan sejumlah pengguna laman perbualan.

Dalam kajian itu, sejumlah 17 pengguna laman web itu membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan membuat pengakuan mereka bersin sebaik sahaja memikirkan mengenai seks manakala tiga lagi responden menyatakan mereka akan bersin selepas mencapai kemuncak syahwat. - AFP


jd wanita2 sekalian klu ada laki dsebelah anda tetiba bersin..
pepaham la ape yg dorg tgh pikir...
n tidak mustahil anda lah yg menjadi imaginasi pemikiran nye.....

Hehe kaum2 hawa diluar sanatu phm2 la sendiri errkk klau laki korang bersin...bkn aku kta doktor ni yg kata..
6 Tip Elak Mengantuk di Pejabat

Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh anda praktiskan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap ebrsolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon

4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar..

7. MInumlam Kopi RADIX ( belilah yg original )..hehe promot sat kt depa nih..
Rahsia Gerak Laku Mencerminkan Sikap


Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.


1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap

Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.


2.Berpeluk tubuh ketika bercakap

Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.


3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari

Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.


4.Mata dan dahi berkerut-kerut

Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.


5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa

Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.


6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap

Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.


7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata (tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita) sewaktu kita bercakap

Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.


8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang

Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.



9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap

Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.


10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas


Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

________________


Nota Kamar: Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%
Implikasi permainan video

PERMAINAN video bukan lagi perkara asing bagi kanak-kanak pada zaman ini.

Era teknologi semakin mendekati jiwa mereka membuatkan permainan video menggantikan banyak permainan tradisional seterusnya membayangkan masa depan digital nanti.

Namun perasaan takut mengenai kesan negatif melalui permainan video menjadi bualan ibu bapa sehingga menyebabkan mereka bimbang pengaruh ‘jahat’ dibawa konsol menyerap dalam pemikiran anak-anak mereka.

Sejarah permainan video bermula lewat 1940-an lagi apabila idea menciptanya dikembangkan dan diberi paten oleh Thomas T Goldsmith Jr serta Estle Ray Mann.

Pada 1958, William Higinbotham pula mempopularkan ‘Tennis For Two’ sebelum permainan ‘Spacewar’ dibangunkan yang kemudian dianggap permainan video komputer pertama di dunia.

Konsol permainan video pertama bergelar Magnavox Odyssey dicipta Ralph Baer pada 1972 sebelum beliau dijulang kerana melakukan penampilan sulung untuk prototaip itu.

Selepas teknologi itu berkembang, permainan arked menjadi tarikan baru dalam dunia remaja tetapi hiburan yang diharap, menghamburkan kegelisahan memandangkan permainan video mampu menjadi pendorong nilai tidak baik dalam jiwa manusia terutama remaja.

Isu yang membelenggu permainan video sebenarnya sudah lama dibincangkan dan masih hangat diperkatakan hingga hari ini.

Tidak dapat dinafikan, media hiburan alternatif elektronik itu banyak menampilkan unsur ganas melalui permainan yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja.

Ada yang berpendapat, permainan video alat berhibur masa lapang, tidak berbahaya dan selamat untuk kanak-kanak jika dibandingkan apabila mereka bermain di luar rumah.

Tiada salahnya jika ada yang berpendapat sedemikian memandangkan kanak-kanak akan lebih selamat jika mereka berada dalam rumah mengadap televisyen tapi harus diingat, permainan video adalah media yang menguasai dan membasuh minda anak secara tidak langsung.

Ia berlaku apabila kanak-kanak terlalu menikmati hiburan permainan video sehingga lupa kehidupan lain yang sepatutnya dinikmati.

Permainan video boleh membawa kanak-kanak ke kancah jenayah juvana berbahaya jika tidak dibendung atau memberi ‘tafsiran’ yang salah mengenai alam dunia sebenar.

Kebanyakan permainan video di pasaran kini menggunakan watak popular yang berkeupayaan menjadi ikon kanak-kanak seperti watak hero.

Oleh itu, watak hero yang ditampilkan kebiasaannya menjadi ikutan mereka sehingga mempengaruhi tingkah laku, bahkan setiap gerak geri hero terbabit akan jadi ikutan.

Kalau kita lihat dalam permainan video, hero akan sentiasa menjadikan pertarungan sebagai jalan penyelesaian menangani konflik yang dihadapi.

Pakar Motivasi, Dr Rubiah K Hamzah berpendapat, kanak-kanak yang bermain permainan video secara kerap boleh menyebabkan mereka hilang daya berkomunikasi sehingga mampu mengakibatkan diri terasing daripada masyarakat.

“Mereka yang kerap bermain permainan video tanpa kawalan berpotensi menjadi individu yang terpinggir kerana hidup dalam dunia menyendiri,” katanya.

Menurutnya, daya berbual golongan yang kerap bermain permainan video juga rendah kerana kekurangan kaedah berkomunikasi dengan betul.

“Kekerapan bermain dalam sehari mengundang masalah komunikasi dan menyebabkan kanak-kanak hilang minat lain seperti membaca kerana pengaruh visual dan audio sangat kuat,” kata Dr Rubiah.

Tambahnya, pengaruh media elektronik seperti permainan video mampu mempengaruhi mental kanak-kanak kerana ia menyerap kandungan lebih pantas berbanding media cetak.

“Kanak-kanak terutama pelajar akan menjadi malas membaca kerana visual dengan warna ditambah pula audio lebih diminati dan diingati berbanding membaca,” katanya.

Katanya, pengaruh permainan video mampu mengakibatkan pelajar malas untuk bergerak atau lupa perkara yang diingati sebelum ini.

“Paling teruk, sampai mandi pun mereka akan lupa,” tambahnya lagi.

Dr Rubiah berkata, kanak-kanak yang dipengaruhi permainan video akan kerap bosan jika melakukan aktiviti tanpa membabitkan tangan atau mata kerana terlalu biasa dengan permainan video.

“Melalui pendekatan permainan video, kanak-kanak menggunakan peluang untuk mempraktikkan tindakan ganas yang ditonton ketika bermain permainan video,” katanya.

Peniruan inilah yang dikhuatiri meresap ke dalam sanubari kanak-kanak hingga terbawa-bawa ketika menempuh alam dewasa kelak akibat terlalu terpengaruh dengan aksi ganas.

Menurut Dr Rubiah, kanak-kanak kerap bermain permainan video berpotensi menjadi golongan yang obesiti kerana kurang bergerak dalam kehidupan seharian mereka.

“Mereka akan makan dan minum di depan televisyen sehingga menjejaskan masa yang sepatutnya digunakan sebaiknya untuk mengisi perut,” kata Rubiah.

Di sebalik kebimbangan mengenai pengaruh permainan video, Dr Rubiah tidak menyangkal aktiviti itu perlu kawalan ibu bapa kerana ia turut memberi faedah kepada kanak-kanak.

“Tak semua yang diperkatakan mengenai permainan video dari sudut negatif semata-mata, ada ruang positif yang boleh dimanfaatkan.

“Contohnya, ia aktiviti masa lapang yang baik untuk digunakan kanak-kanak selain peluang menyegarkan diri daripada tekanan peperiksaan atau masa belajar,” katanya.

Tambahnya, permainan video turut memberi keyakinan diri dalam menghadapi sebarang situasi serta menambah pengetahuan mengenai persekitaran melalui maklumat tambahan yang diperoleh.

Jika kita tinjau mengenai aliran industri permainan video hari ini, rata-rata permainan video memaparkan unsur ganas yang diperoleh dari Barat.

Akibatnya, kanak-kanak terdedah kepada bahaya kerana babak ganas termasuk pergaduhan atau pertempuran disisip dengan aksi yang hampir nyata dengan bantuan teknologi grafik yang canggih.

Teknologi grafik canggih yang memberikan visual terbaik dan tampak seolah-olah dunia realiti mengakibatkan kanak-kanak ingin menambah kepuasannya di luar permainan.

Terdapat kajian yang dijalankan mengenai pengaruh media terhadap kanak-kanak menunjukkan media

terutama televisyen mempunyai pengaruh kuat terhadap penonton kanak-kanak.

Zaman kanak-kanak adalah zaman pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dan sebarang input diperoleh akan menyelami jiwa mereka.

Sebarang maklumat yang diterima dan mungkin memberikan kesan kepada kanak-kanak bergantung kepada pemerhatian, interpretasi, penerimaan dan perbezaan mereka terhadap mesej diterima.

Malangnya, mereka belum cukup bijak membuat pilihan tepat dan mungkin apa diterima hari ini akan terbawa-bawa kesannya hingga remaja, seterusnya dewasa.

Majlis penasihat bagi kumpulan doktor terbesar di Amerika Syarikat tahun lalu mengatakan, remaja yang ketagih permainan video boleh menyebabkan mereka tidak mengendahkan rakan, keluarga, enggan makan, malah tidak mahu mandi, dianggap mengalami gangguan psikiatri.

Mereka menyatakan bahawa pengaruh permainan video bagi sebilangan remaja, sama bahayanya dengan masalah ketagih heroin atau minuman keras.

Dalam laporan yang disediakan untuk mesyuarat tahunan Persatuan Perubatan Amerika (AMA) di Chicago, majlis berkenaan meminta kumpulan itu melobi agar masalah ketagihan video dimasukkan dalam manual yang diterbitkan Persatuan Psikiatri Amerika.

Walau apapun masalah dihadapi dengan permainan video, masyarakat terutama ibu bapa perlu memberi keseimbangan terhadap masa yang diluangkan bermain selain menyediakan jadual khas untuk anak mereka.



Kes Berkaitan Permainan Video

Kes 1


SEORANG lelaki sanggup ‘putus saudara’ untuk dua jam dengan dua anak saudaranya yang di bawah umur semata-mata tidak mahu disalahkan kerana membawa mereka ke pusat permainan video hingga lewat pagi di Klang.

Bapa saudara tidak bertanggungjawab itu turut membiarkan anak saudaranya, masing-masing berusia 11 dan 14 tahun, disoal penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang melakukan operasi di pusat itu manakala dia meneruskan permainan video.

Kanak-kanak berkenaan pula walaupun hanya ditanya butiran diri dan mengapa ke sana bermain permainan video hingga lewat pagi, mula hendak menangis dan kerap mengalihkan pandangan pada bapa saudaranya yang langsung tidak mengendahkannya.

Penguat kuasa MPK yang mula syak dengan perkara itu terus bertanyakan dengan siapa mereka datang ke sana sebelum kedua-dua kanak-kanak berkenaan mengatakan datang bersama bapa saudara mereka.



Kes 2

PENJUALAN permainan video yang didakwa menjadi punca terbunuhnya seorang remaja Britain laris selepas pembeli cuba mendapatkannya sebelum pihak berkuasa mengharamkannya.

Publisiti meluas mengenai permainan yang diberi nama ‘Manhunt’ itu menyebabkan pengguna tidak melepaskan peluang membelinya di kedai.

Dilaporkan pembunuhan Stefan Pakeerah, 14, didakwa dibunuh temannya, Warren Leblanc, 17, yang ketagih dengan

permainan itu di London.



Kes 3

SEORANG wanita yang sedang tidur di atas bot ditolak ke dalam sungai dan mati lemas. Seorang lelaki dipukul sehingga mati dengan kayu besbol. Seorang lagi dibakar hidup-hidup di atas kerusi rodanya.

Itu hanya beberapa contoh aliran kegilaan di kalangan remaja dan belia di Amerika yang gemar menjadikan golongan tidak punya tempat tinggal mangsa keseronokan mereka dengan memukul atau membunuh tanpa sebarang alasan tetapi sekadar suka-suka.

Peguam bela golongan tidak berumah dan pakar jenayah berpendapat, amalan berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya seorang yang tidak berumah dibunuh setiap bulan dalam tempoh lima tahun lalu.

Pada 2007, 16 orang tidak berumah dibunuh di seluruh Amerika Syarikat, kebanyakannya dilakukan remaja.

Peguam bela berkata, peningkatan keganasan itu sebahagiannya berpunca daripada populariti video yang dipanggil ‘Bumfight’ dan video seperti itu memaparkan golongan tidak berumah diserang, didera dan dicaci.



Kes 4

ANGGOTA keluarga kepada tiga mangsa yang dibunuh remaja berusia 14 tahun di sebuah ladang, menyaman pembuat

permainan video ‘Grand Theft Auto: Vice City’ pada 2006 di Albuquerque, New Mexico.

Dia mendakwa kejadian berkenaan tidak akan berlaku sekiranya remaja itu tidak bermain permainan video ganas.

Saman RM2.2 bilion itu difailkan yang menamakan beberapa syarikat iaitu Sony, Rockstar dan Take-Two serta Cody Posey yang didakwa bermain permainan video secara keterlaluan beberapa bulan sebelum membunuh bapa,

ibu tiri serta kakak tirinya pada Julai 2004.

Posey yang kini berusia 16 tahun, dijatuhkan hukuman tahanan juvana sehingga berusia 21 tahun.



Kes 5

PASANGAN Michael dan Iana Straw mengalami ketagihan bermain video sehingga ‘terlupa’ dua anak mereka yang dibiar tanpa penjagaan sama sekali di Reno, Nevada.

Ketika diselamatkan pekerja sosial di rumah itu bulan lalu, budak lelaki berusia 22 bulan dan perempuan, 11 bulan itu ditemui dalam keadaan menyedihkan.

Mereka tidak diberi makanan berkhasiat mencukupi dan hampir mati.

Ketika didakwa di mahkamah, pasangan itu didapati mempunyai makanan mencukupi tetapi memilih bermain video daripada memberi makan anak mereka.

Pegawai pendakwa, Kelli Ann Viloria, berkata pasangan itu terlalu taksub dengan permainan siri fantasi Dungeons & Dragons.



p/s: wohoho bahaya woo pngaruh men gem ni ++ spa yg addict ngan gem GTA..slp haribulan smua dia bunuh..haha
Langkah Cegah bau kaki
1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh

2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut

3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.

4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.

5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.

6. Pilih kasut jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut

7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur...

JGN BIARKAN INI BERLAKU....











Monday, October 6, 2008

Kekadang kita tak terfikir pun...

1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan.... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Monday, September 29, 2008

Ketagihan Komputer @ Internet

.:: Ketagihan Komputer @ Internet ::..





Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan? Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan?

Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet? Perlu juga difikirkan.

Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain. Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan?

Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa? Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang "melayan sahabat" mereka ini.

Kajian yang dijalankan oleh
Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan seperti berikut:

1. Ketagihan seks siber : cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber : keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3. Ketagihan maklumat : mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer : terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer : mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti

Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu. Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:

1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mula mengasingkan diri dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan pertengkaran.

Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum. Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:

1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan

Kesimpulan

Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain. Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata. Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.

sumber : e-mail

p/s : segala sesuatu jika dilakukan dengan melampau atau berlebihan dari kehendak, pasti akan menimbulkan masalah dan mudharat. Walaupun perkara tersebut pada asalnya baik, seperti makan, makan adalah satu keperluan didalam kehidupan manusia, namun jika melampau dalam makan pasti akan membawa mudarat akibat menghidap obesiti dan sebagainya.


KOranG laK caMne??

Sunday, September 28, 2008

Rahsia Sembayang ....Tunaikanlah KeWaJipaN AnDA

1. Niat Sembayang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-Ratul Ihram.
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur.

4. Fatihah.
Fadilatnya sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruku'
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-Kauthar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL MUSTAQIM

8. Duduk antara Dua sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara dua sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahyar.

10. Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawap bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar
& nangkir di dalam kubur.

11. Salam
Memelihara kita dalam kubur.

12. Tertib.
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

16 PERKARA TENTANG SEKS

Ini bermaksud, seks membicarakan tentang jantina serta sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan perempuan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita dan menggunakannya secara yang betul, dan agar kita menghormati mereka yang berlainan jenis dari kita dan tidak menzalimi mereka. Seks juga membicarakan tentang kehendak nafsu syahwat agar kita akhirnya mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.

NAFSU SEPERTI LAYANG-LAYANG. Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ya, ia suatu pemandangan yang mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mampu terus mengasyikkan anda? Ia disebabkan benang yang ada di badannya terus mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu dan akhirnya akan tersadailah ia di tempat yang tidak menentu menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus darinya dia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.

SEKS ADALAH KEPERLUAN FITRAH. Manusia perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru dalam Islam konsep hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun keperluan seks perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud “Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.” (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

SEKS ADALAH AMANAH. Tubuh anda adalah amanah yang dianugerahkan Allah kepada anda. Justeru anggota seks juga adalah amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang kemudian dia meletakkan dan menggunakan wang itu sesuka hatinya? Sudah pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak jujur! Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata, “Amanah ialah alat kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan keturunannya.”

SEKS BUKAN SEKADAR MEMUASKAN NAFSU. Seks yang sebenarnya ialah hubungan spirituil dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri yang berkahwin secara halal, dinaungi oleh landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan Ilahi.Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman, “Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah Ar-Rum ayat 21) BBC Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati di dalam hidup, iaitu, kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

SEKS YANG HALAL ADALAH IBADAH. Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis yang bermaksud, “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?’ Bersabda Nabi Muhammad, ‘Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperolehi pahala’.” (Riwayat Muslim)

TIDAK CUKUP SEKADAR MEMAKAI KONDOM. Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Yang penting bagi mereka ialah memakai kondom agar kaum hawa terpelihara dari jangkitan AIDS. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud, hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Walaupun ia dilakukan secara reda, ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad bersabda, “[i]Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

ZINA YANG HARAM ADA PADAHNYA. Antara padahnya ialah kesan negatif di sudut emosi. Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi dari Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk mengenal pasti kesan seks ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan-perubahan positif kesan dari hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif disebabkan kerisauan dan tekanan yang sering melanda mereka hasil dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps You Young, 10 March 1999) Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

SEKS BEBAS MEMBUNUH. Nabi Muhammad bersabda, “Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... Satu di antaranya ialah, apabila zina zahir di dalam masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu.” (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Pada hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS. Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Di antara komplikasi yang timbul kesan dari penyakit-penyakit ini ialah, mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy, barah, kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan. Mengikut Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ia disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan di samping berleluasanya seks bebas di dalam masyarakat. (Rujuk NIAID Fact Sheet, An Introduction to Sexually Transmitted Diseases, July 1999)

ZINA BUKAN SEKADAR HUBUNGAN KELAMIN. Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran, “Dan janganlah kamu mendekati zina.” (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman, “Katakanlah kepada lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka.”

BERDUA-DUAAN MEMBAWA RISIKO. Barat bersikap liberal di dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan menganggapnya sebagai satu cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain. Namun statistik semasa menunjukkan, cara hidup sedemikian lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan. Sebagai contoh, mengikut Jabatan Keadilan Amerika, bagi setiap dua minit seorang wanita mengalami gangguan seksual, dan pada tahun 1996, 307,000 orang wanita menjadi mangsa rogol dan serangan seksual di Amerika. Baru-baru ini kajian oleh National Women Study di Amerika menunjukkan lebih kurang 683,000 wanita menjadi mangsa rogol setiap tahun di Amerika. KEBANYAKAN DARIPADA KES-KES INI MELIBATKAN ORANG YANG DIKENALI TERUTAMANYA KETIKA SEDANG BERDUA-DUAAN DAN BERTEMU JANJI. Justeru, larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini. Larangan ini mendatangkan banyak kebaikan terutamanya bagi kaum wanita.

BAHAYA SEKS KETIKA HAID. Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya.” (Surah Al-Baqarah ayat 222) Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.

HARAM HOMOSEKS DAN LESBIAN. Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan homoseks di kota Sodom.

ISLAM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN. Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu.” (Riwayat Bukhari)

CIRI-CIRI SUAMI ISTERI. Nabi Muhammad bersabda, berhubung dengan kriteria pemilihan isteri, yang bermaksud: “Pilihlah yang mempunyai kebaikan agama, akan selamatlah kamu.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Baginda juga tidak melupakan kriteria di dalam pemilihan suami, berdasarkan sabda Baginda, “Jika yang datang meminang anak perempuanmu seorang yang kamu redai agama dan akhlaknya, maka terimalah dan kahwinkanlah dia dengan anakmu.” (Riwayat TIrmIzi)

WAJIB MANDI SELEPAS HUBUNGAN SEKS. Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.” (Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui mimpi), mandi tetap diwajibkan.

MANDI WAJIB SAINTIFIK. Mengikut pakar-pakar perubatan dari Institut Teknologi Penjagaan Kesihatan di Washington, untuk mencegah penyakit jangkitan seksual daripada merebak, hubungan seks perlulah dilakukan hanya dengan mereka yang dipercayai, dan tidak dilakukan secara bebas. Menjaga kebersihan diri sebelum dan selepas mengadakan hubungan seks seperti segera membasuh anggota sulit selepas mengadakan persetubuhan juga adalah penting. Malah pakar-pakar dari Institut ini menggalakkan seseorang mandi secara sempurna selepas mengadakan hubungan seks sebagai langkah pencegahan dari serangan penyakit-penyakit. (Rujuk The Institute for Technology in Health Care, Safer Sex: Reduce Your Risk Of Disease, After-Sex Hygiene, Washington, 2001)

Saturday, September 27, 2008

Lelaki hansome vs sebaliknya

Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap:: woow, cool giler... kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody's perfect kalau lelaki tak handsome berbuat jahat perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem! kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: sepadan sangat... kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada.. kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang kalau lelaki tak handsome penyayang binatang perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam... kalau lelaki tak handsome bawa BMW perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on kalau lelaki tak handsome bersedih hati perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni....

____________________
Handsome hanya aspek luaran saja, sekadar sedap mata memandang. Elok jangan prejudis hanya kerana ciri luaran manusia. Fikir-fikirkan

Tips Untuk First Date Dengan Selamat

Anda baru mengenali dia. Pada tanggapan pertama, anda berasakan dia seorang yg baik dan anda mula menyukainya. Namun, anda masih belum mengenali hati budinya. Tiba-tiba suatu hari dia mengajak anda keluar. Hati anda melonjak gembira tetapi awas..anda mesti berhati-hati semasa berdating, terutamanya ketika keluar kali pertama dgn seseorang lelaki yang baru anda kenali. Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes 'rape' yg berlaku terhadap wanita semasa bertemujanji. Oleh itu, gunakan 'common sense' utk menjauhi diri anda dari perkara2 yg buruk. Anda boleh mengikuti tips-tips berikut.

1. Sebaik-baiknya sebelum anda memutuskan utk menjalin hubungan dgn seorang lelaki, pastikan anda mengambil tahu serba sedikit tentang latarbelakangnya. Adakah dia sudah berkahwin? Adakah dia ada rekod jenayah atau keganasan terhadap wanita? Pernahkah dia dimasukkan ke Pusat Serenti? Adakah sebelum ini dia bersifat kasanova dan pernah mempermainkan wanita?? Anda boleh bertanya kepada orang-orang yg hampir pada dirinya.

2. Bertemu di tempat awam. Jika boleh, bawa sahabat anda bersama utk menemani anda. Anda boleh keluar 'double date' dengan sahabat anda atau keluar secara beramai-ramai di tempat awam. Ini lebih menjamin keselamatan anda ketika keluar utk kali pertama dengan teman baru.

3. Sebaik-baik pertemuan kali pertama dilakukan pada waktu siang dan bukannya malam. Persekitaran yg terang lebih selamat seperti keluar untuk makan tengahari.

4. Lebih selamat jika anda berpakaian sopan dan tidak seksi. Berpakaian seksi seolah-olah memberi isyarat anda boleh diperlakukan apa saja! Tidak salah memakai pakaian yang cantik tetapi biarlah pakaian tersebut masih mengekalkan keayuan gadis Timur.

5. Jangan sesekali menerima pelawaannya utk pergi ke tempat yg terkenal dengan minuman keras seperti pub atau kelab malam. Tempat-tempat sebegini amat mudah utk anda diperdaya dengan cara memabukkan anda atau memasukkan pil khayal ke dalam minuman anda. Dadah seperti syabu/ ais/ pink lady amat mudah diperolehi di tempat sebegini.

6. Jangan anggap seseorang itu nampak alim dia tidak akan melakukan sesuatu yg buruk kepada anda. Nafsu tidak mengenal sesiapa! Ada sesetengah lelaki suka berlagak baik utk memperdaya wanita.

7. Aturkan pertemuan utk berjumpa dia di suatu tempat. Jangan meminta dia datang ke rumah anda. Ini mengelakkan dia dari mengetahui lokasi rumah anda.

8. Jika anda ada kenderaan sendiri, gunakan kenderaan anda utk pergi dan balik. Dan pastikan minyak penuh supaya tiada alasan bagi anda utk menumpang kereta orang.

9. Jauhi pertemuan di tempat-tempat yg gelap atau sunyi seperti di taman bunga atau tepi pantai yg lengang. Tempat-tempat sebegini hanya menggalakkan perbuatan maksiat. (Tips ni semua org tau tapi buat-buat lupa)

10. Ikut gerak hati atau naluri anda. Jika anda berasakan ada sesuatu yg tidak kena, mungkin benar ada yg tidak kena dan anda wajar berhati-hati atau segera pulang.

11. Sentiasa pastikan ada kawan atau ahli keluarga yg mengetahui ke mana anda pergi dan dengan siapa anda keluar. Jika boleh, minta kawan atau ahli keluarga menelefon anda pada waktu yg ditetapkan bagi memastikan anda selamat.

12. Sentiasa bawa wang lebih supaya anda boleh menaiki teksi jika sesuatu berlaku.

13. Sentiasa berhati-hati dengan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah dan sebagainya. Amat menakutkan jika segala gerak-geri anda diintip sekiranya perhubungan yg anda impikan tidak menjadi.

14. Catatkan plat kenderaan si dia sebagai rujukan keselamatan.

15. Jangan tinggal telefon bimbit di rumah atau mematikan telefon bimbit ketika bersama si dia. Anda boleh berpakat dengan kawan utk menggunakan isyarat kecemasan tertentu menggunakan telefon bimbit sekiranya terdesak. Contohnya menghantar dering 3 kali pada kawan anda sebagai isyarat utk menelefon polis!

16. Bayar asing-asing. Dengan membayar bahagian anda, sudah tentu anda tidak berasa terhutang budi dengannya atau terikat apa-apa dengannya hanya kerana dia telah membayar segala perbelanjaan untuk anda.

17. Sentiasa berhati-hati dengan minuman anda. Sekiranya anda ke tandas dan mendapati minuman anda berubah warna atau rasa, jangan minum! Jika boleh, habiskan minuman anda sebelum ke mana-mana kerana 'serbuk perangsang' yg sering digunakan lelaki utk memperdaya wanita tidak boleh dikesan dalam minuman.

18. Jangan sesekali menerima pelawaan lelaki utk masuk ke rumahnya walau sekadar berbual-bual sambil minum teh, apatah lagi rumah bujang. Kecuali di dalam rumahnya ada ahli keluarga dan anda sudah kenal lama dengannya dan mengenali keluarganya.

19. Bawa senjata pelindung wanita seperti 'pepper spray'di dalam beg tangan anda bagi tujuan perlindungan. Jangan teragak-agak utk menggunakannya sekiranya dia berniat jahat terhadap anda.

20. Sekiranya lelaki tersebut sudah pandai mencari peluang untuk bersentuhan dengan anda pada pertemuan kali pertama, bayangkan pada pertemuan2 seterusnya?? Nampak sangat lelaki tersebut hanya mahu mengambil kesempatan ke atas diri anda dan langsung tidak menghormati wanita! Apa lagi..angkat kakilah!!

21. Pada pertemuan pertama itu, mungkin anda mendapat tahu sesuatu yg anda tidak suka pada lelaki tersebut seperti dia bercerita pernah menagih dadah. Hati anda berasa benci sangat-sangat tetapi jangan luah perasaan benci tersebut. Sekuat mana pun anda membencinya,jangan sesekali menghina atau memaki hamun lelaki tersebut apatah lagi hinaan anda melibatkan keluarganya. Egonya akan tercalar dan kemungkinan dia bertindak agresif dan bersikap luar kawalan terhadap anda sangat tinggi.

22. Jika lelaki tersebut sudah mula bertindak agresif terhadap diri anda dan anda tahu anda tidak berupaya melawannya, jangan terus memaki hamun dia kerana tindakan anda itu hanya akan mengundang lebih banyak bencana. Sekiranya anda dapati ada orang berada di persekitaran anda, anda boleh menjerit meminta tolong. Tetapi jika hanya anda berdua saja..cara terbaik ialah jangan melawan dan gunakan pendekatan psikologi. Lelaki sebegini kebanyakannya adalah lelaki sakit jiwa. Jadi, pura-puralah anda pun menyukai dia dan pujuklah dia dengan lemah lembut menggunakan segala pesona kewanitaan anda dengan memberi alasan terbaik seperti, "Can we wait until tomorrow..coz i'm not ready tonite? (pura-pura manja)..." Lelaki mudah cair pada pujukan wanita dan jika anda dapat mengawal rasa cemas dan teruskan lakonan manja anda, pasti dia akam mula percaya pada anda dan menurut kata anda. Bila anda berjaya pulang dengan selamat, cepat-cepat laporkan pada polis dan putuskan saja hubungan anda dengan si dia!


#Memang naluri seorang wanita ingin disayangi dan menyayangi. Hidup tanpa teman, jiwa akan terasa kosong dan kesunyian. Tetapi ingatlah, bila bercinta, berpada-padalah kerana kita masih ada batas agama yg perlu dijaga. Itulah yang membezakan kita dari orang lain dan menjadikan diri kita lebih istimewa dan berharga. Jagalah maruah diri sentiasa kerana ia adalah sesuatu yang kita hanya akan tahu betapa tinggi nilainya bila ia hilang sekelip mata.
__________________

Tuesday, September 23, 2008

FakTa @ Auta

Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.

Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di
Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D
iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.


Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis
melebar sebanyak 300 milimeter.

Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama
iaitu huruf A.

Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;
selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar
kawal.

Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk
jantung.

Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41
darjah Celcius.

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.

Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang
kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak-
kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali
ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan enam hari,
anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan
kopi.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.

Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.

Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit
ialah seberat 1.36 kg.

Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh
menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke
puncak Menara Eiffel.

Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya, Seoul
bermakna `ibu negara'.

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung
berapi paling besar dalam sistem solar.

Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan
sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada
tahun 3200 Sebelum Masehi- lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang
dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas
tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini. Pertama - belajar
daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan
berpengalaman. Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan
dalam hidup. Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman
sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan
kebodohan sendiri.

Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa
untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap
haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan
terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga
pemburu sampai.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil.

Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal
dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga
1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda
untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara
12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor
rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan
10,000 ekor burung merpati.

Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika
India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi
kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan
ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah
30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut
akan naik mendadak di antara 50 - 60 meter yang akan menenggelamkan
sebahagian besar muka bumi.

Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke
kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik
canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki
dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya
dilekatkan di kocek baju.

Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana
kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan
US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding
US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau
US$2,000 dengan senjata konvensional.

Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini. Kali
pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati
kedalam empangan untuk meracun sumber air musuh.

Purata pisang mengandungi 90 kalori, kira-kira 90% keperluan
kabohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia juga mempunyai
vitamin B dan C serta potasium (kalium) yang dapat menghasilkan
tenaga.

Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.

Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di
dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh
dunia.

Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika
dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

Cacing gergasi Australia- cacing terpanjang di dunia boleh
membesar sehingga 2 meter panjang.

Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar
tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan
isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.

Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret
Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and
Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai
rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak
daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

Pen berdakwat diperkenalkan pada tahun 1884 oleh Lewis E.Waterman,
seorang agen insurans.

Apabila panglima Sepanyol yang menawan Peru, Francisco Pizarro,
menculik ketua suku kaum Inca yang bernama Atahualpa pada tahun
1532, beliau meminta bayaran tebusan yang amat "menggerunkan"-
sebuah dewan yang dipenuhi emas dan perak bernilai $170 juta!

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.

Sahara, padang pasir terbesar di dunia mempunyai keluasan
5,632,690 kilometer (3.5 juta batu) persegi.

Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Raja Uganda, King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai
7,000 orang.

Tayar numat (berisi udara) diperkenalkan pada 1888 oleh John Boyd
Dunlop- seorang pakar bedah veterinar berbangsa Scotland.

Mahasiswa Universiti Colorado menamakan gril baru kafeteria di
universiti tersebut sebagai `Gril Alfred Parker' sempena tindakan
Alfred Parker mempraktiskan kanibalisma dengan memakan daging salah
seorang kawannya.

Zeuxis, pelukis terkemuka Greek pada abad ke 5 Sebelum Masehi
meningal dunia ketika sedang ketawa melihat hasil lukisannya.

Ketua Perpustakaan Vatican, Rom (1819-1849), Giuseppe Caspar
Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan
hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat
takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi
mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak
mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami
masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi
miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah
terpahat di dahi.

Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun
begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui
cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui
cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis
bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut,
maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan
sehingga ke hari ini.

KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang
berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan
tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian
4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di
musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang
lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan
yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan
menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia
berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik,
jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta
klinik.

Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap
hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa
sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 -
100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat
peruntukan pembelian senjata dunia.

Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang
dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang
suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar
Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul.
Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih
berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri
Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai
isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda
cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil
masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653.
Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh
rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri
bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya
menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut
adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga
ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada
23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan
puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan
pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah
menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari
Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai
ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa
peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

Terowong semulajadi yang terletak di Kaveri di daerah Deewas,
Madhya Pradesh, India merupakan terowong yang paling dalam di dunia.
Kedalamannya melebihi 1,000 kaki dan lebarnya ialah 100 meter.
Lubang besar semulajadi tersebut dianggap sebagai fenomena geologi
yang luarbiasa.

Beberapa ahli sains di England yang diketuai oleh seorang
embriologis di Institut Roslin, Edinburgh, Dr Ian Wilmut telah
berjaya menghasilkan klon binatang dewasa yang pertama. Binatang
yang berjaya diklon itu ialah seekor bebiri yang dinamakan DOLLY.
Kambing tersebut adalah hasil cantuman tetek ibunya. Ini menyebabkan
hasil kambing klon itu seiras dengan ibu kambing tersebut.

Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand.
Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan
getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta.

Tiga majalah mingguan terkemuka di dunia- Times, Newsweek, Sports
Illustrated pernah menampilkan enam pesonaliti yang sama pada muka
depannya secara serentak. Mereka ialah Joe Namath, Reggie Jackson,
Mary Lou Retton dan OJ Simpson, Anggota Sekretariat Amerika dan
pasukan hoki air Amerika Syarikat 1980 yang paling terkenal itu.

Seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah memiliki
perpustakaan bergerak pada abad ke-10. Buku-bukunya yang berjumlah
117,000 buah terpaksa dibawa oleh 400 ekor unta yang terpaksa
bertatih menyeberangi padang pasir ke mana sahaja di pergi.

Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
10 meter.

Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama
lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.

Jika anda lemparkan sekeping syiling sebanyak 10,000 kali ke
udara, anda akan mendapati gambar bahagian `kepala' sebanyak 4,950
kali berbanding ekor. Keadaan ini berlaku kerana setiap syiling
lebih berat di bahagian `kepala'.

Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai
tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani
dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak
dalam drama Shakespeare.

Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang
jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam
lubang di bumi.

Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama
itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas
ia dibawa keluar dari negara itu.

Kesebelasan pemain bolasepak Bulgaria yang menyertai pertandingan
akhir Piala Dunia 1994 di USA berakhir dengan huruf `ov'.

Usus manusia menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap
dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau
sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan
lapisan usus.

Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada
manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama
cuma lebih lebat.

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.

Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak
sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan
kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright
untuk menghasilkan novel GADSBY. Tetapi tiada satu pun perkataan
dalam novel itu yang mempunyai huruf 'E'.

Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa Inggeris adalah E
manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.

Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat
Amerika Syarikat mati tercekik.

Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di U S A.

Laut Merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga
merah di permukaannya.

Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk
berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954.

Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad,
Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap
jari pada manusia.

Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
atau kuning.

Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu
mudah bangun pagi.

Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu
mengurangkan berat badan.

Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya
988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas
kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di
pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai
9,350 selekoh bagi pelumbanya.

Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada
sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak
kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi
ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau
tidur.

Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja
mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100
juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari
England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang
digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada 'Sahra'
yang bermaksud liar atau terbiar.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.

Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus
sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier
telah memanjat 729 anak tangga Menara Eiffel di Perancis dalam masa
3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak.

Semasa kempen Napoleon di Italy pada 1796-97, pakar perubatannya
telah menyediakan ambulans pertama bagi yang sakit dan cedera.

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18
otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka
anda. /font

Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.

Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New
Zealand.

Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran
18.5 meter persegi.

Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.

Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.

Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.